Sunday, May 25, 2008

5 Benda Yang Aku Nak Sebagai Hadiah

Aku telah di tag oleh Cik Tyrah (bakal peguam peribadi ku). Sebelum aku mengalami kebizian yang kronik, lebih baik aku setelkan dulu tag ni. Berikut adalah 5 benda yang aku nak sebagai hadiah:


1. Percutian ke Eastern Europe.

Aku sangat teruja okay untuk ke Eastern Europe! Aku mahukan percutian aku ke Eastern Europe ditanggung sepenuhnya termasuklah shopping (demand sungguh!).


2. Coklat yang sangat banyak (eh, buleh terima ke ni :|).

Haa...yang ni memang favorite aku. Wahh...sangat sweet okay kalau ada orang yang menghadiahkan aku begitu banyak coklat! Aku sangat2 menghargai hadiah tersebut (kalau ada yang bagi lah :D) walaupun aku tau akhirnya coklat tuh akan abis dalam masa sehari!


3. Patung Patrick Star yang sangat besar (untuk dipeluk).

Aku tau ramai yang suka patung spongebob. Tapi aku lebih sukakan patung Patrick, sangat cute okay! Aku ada satu patung patrick yang kecil dan aku sangat2 menghargainya sebab ia adalah pemberian daripada bestfriend aku. So, lepas ni aku nakkan patung patrick yang sangat besar (buleh tak?). Ada sapa2 yang sudi nak bagi?! Sila2 :D (kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan :|).


4. Himpunan novel2 tulisan Aisya Sofea.

Mesti korang kata "Alah, boleh beli sendiri ni". Tak mahu okay! Aku mahukan novel2 tulisan Aisya Sofea dari yang terdahulu sehingga yang terkini. Setakat ni aku cuma ada beberapa sahaja novel Aisya Sofea (ini adalah kerana kekurangan bajet dan kemalasan nak ke kedai buku :|). Aku mahukan hadiah itu!! Sesiapa yang simpati dengan aku, silalah berbuat demikian yek (menghantar hadiah itu secepat mungkin).


5. Kasut tumit tinggi.

Ala, aku pon macam pompuan lain gak, mesti ar nak pakai high heels. Aku sukakan kasut itu! Tapi sangat mahal okay! Ini bermakna aku tak mampu untuk memilikinya unless kalau ada orang yang nak hadiahkan untuk aku. Silalah kalau sudi :-"


Eh, dah abis eak...baru ingat nak tambah lagik :|
Terima Kasih la Cik Tyrah kerana memberikan homework :|

Untuk ni aku takmo tag sesape, tapi untuk yang akan datang mungkin ada :D
Bersiap sedia yek kawan2, sebab lepas ni aku kena setelkan lagi satu tag dan mungkin korang2 akan menjadi mangsa :->

13 comments:

LadyTiz said...

ai xleh nk rikues cokelat utk hadiah. nanti gemuk.. uwaaaaaa :((

WaNa (BoRN To MaKe u HaPPy) said...

YeaH !

HiGH HeeLs RuLeZ!

MiaHaHa

EpaL c0keLaT said...

Tyrah: Eyh...sape kate coklat mgemukkan...coklat itu takkan mgemukkan kite okay :|


Wana: Yeah! Go high heels...go! :D

*SiRibenMerah said...

fuhhh..
demand high taste gak neh..
ahaks =P

da tercapai nnt jgn lupe btau I yek =P

EpaL c0keLaT said...

MissRiben: Eh cikgu, welcome back!
Err...rasenye takyah ar btau u kot...nnt u nk tompang...caner :P

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

saye singgah di box comment neh juz utk nak bgtau semua org (termasuk lya) bahawa saya telah bersara dari dunia tag...

setelah berhempas pulas membuat dua tag sepanjang saya berkhidmat ini, saya rase sudah tiba masanya untuk saya bersara dan meletakkan tanggungjawab itu pada generasi yg lebih muda... harap maklum...

:-"

EpaL c0keLaT said...

Ajai: Hoh! baru ingat nk tag ajai utk tag yg akan dtg...ceh, dh bsara awal2 upernye :-w

KeL@T said...

waaaaaaa... aisya sofea mmg sgt besttt...

EpaL c0keLaT said...

Kelat: Aisya Sofea mmg besh...sgt feel wooo...bler bace novel beliau :D

Mommy Aisy said...

EpalcHoc,
aku juga mahu semua yg kamu mahu itu. aik? ni sama ke jeles ni?

hihi...

EpaL c0keLaT said...

Fanaqila: Hehe...jeles tuh :P

faizul darius said...

tudung tak nak?

EpaL c0keLaT said...

FaizulDarius: Tudung dh byk daa...i kan pkai tudung, so baek beli sendri mane yg bkenan :D