Sunday, July 13, 2008

Ketawa Itu Sihat

Perkara Yang Sedang Difikirkan (Tag Dari Bendul)

Hari ni aku bukan nak buat sambungan aktiviti waktu senggang siri kedua, tapi aku nak langsaikan dulu tag dari Bendul nih. Aku kan anak murid cemerlang, kena lah buat homework cepat2 :P


Perkara-perkara Yang Sedang Aku Fikirkan Sekarang..
  • Macam mana lah agaknya keadaan di Eastern Europe. Eastern Europe confirm!
  • Harap2 kesihatan mak bertambah baik kat sana. Tak sabar nak tunggu mak balik dalam keadaan sihat.
  • Kenapalah aku terlalu sibuk dengan kerja. Kadang2 aku terlupa yang aku telah mengabaikan keluarga (nasib baik aku tak kahwin lagi, kalau tak lagi teruk :).
  • Bila aku nak pakai kereta mewah nih..? (berangan plak)
  • Nak kurangkan sikit kedegilan, tapi camaner eak..?
  • Jom karok!! (bagi yang tak faham, 'karok' adalah singkatan daripada perkataan karaoke...hehe)
  • Ada sapa2 tak yang nak tolong jadi perunding kecantikan aku..? Sila angkat keyboard! (aku dah ar tak reti mekap, camaner nak pegi konvensyen nanti)
  • Nak cari kasut putih la...kat mana murah eak?.. (bukan kasut sekolah okay!)
  • Agak2 aku nak kahwin umur berapa eak :-? (eh, salah ke kalau aku fikir camtuh)
  • Tetiba rasa lapar pulak! Nak makan apa eak? Eh, lupa nak masak daa...hehe.

Aku sebenarnya malas dah nak tag2 orang nih. Tapi aku nak jugak! Hahaha.. Cik Tyrah, silalah berbuat demikian yek.

*Tyrah, kalau u buat tag nih, 26 or 27hb nih i turun sana belanja u makan (syhh, jgn btau org lain)*

Tuesday, July 08, 2008

Aktiviti Waktu Senggang 1

Apa yang aku buat waktu senggang? Sama2 lah saksikan siri pertama waktu senggang ini (ayat cam best jek :|).


Mengunyah Kuaci Tanpa Henti

Eh, syok giler dapat makan kuaci nih. Bila dah start makan, memang susah nak berhenti nye lah. Tapi bukan waktu lapang je aku makan kuaci nih, dalam kete waktu nak gi outstation pun sempat lagik "dah ghope hamster dah" kawan aku yang cakap...hehe. Kalau korang tak caye, cubalah nanti, mesti susah nak stop nye.



Bersambung...


*Saksikan sambungan di siri yang kedua*