Tuesday, June 23, 2009

Psycho baik punyaaa...

Lately aku sedikit sibuk menguruskan pertukaran sekolah adik ke Lenggong. Kami dah berpindah kesini, tapi brg2 tak angkat lagi, sekolah adik pun tak tukar lagi. So, ni lah dikatakan keje last minute..hehe.
Sebenarnya bukan sengaja melengah2kan hal pertukaran sekolah ni, masalahnya budak ni taknak tukar sekolah. Puas dah aku ngan adik-beradik lain pujuk, jawapannya "Takpe, jijah nak dok asrama asalkan sekolah yang sama". Wah, dia ingat best ke dok asrama tu. So, aku 'saiko' la mcm2, "Dik, nanti dok asrama kan asyik kene buli je, nak balik umah pun susah, pastu takde tv, nanti takleh tengok citer upik abu dan laura dah" Hahaha...termakan juga.
So, aku pun 'bertungkus-lumus' la menguruskan hal tersebut. Aishh, rumit juga uruskan sendiri hal ni. Tu la kerani sekolah nak tolong uruskan, aku sibuk offer diri nak buat sendiri.



Maka, pergilah ke PPD Gerik, menghantar surat pertukaran tu sendiri.



Dah alang2 ke sana, aku pun risik2 la permohonan untuk menjadi guru sandaran tidak terlatih. Amboi, nak tukar profession plak ke. Saja suka2 nak mencuba..hehe. Belum cuba belum tahu..

Tuesday, June 16, 2009

Senja Indah Di......?




Cantik kn waktu begini... Di mana saja lokasinya pun, tetap indah di mata aku. Korang tafsir la sendiri k...

Friday, June 12, 2009

Tempat Menarik!

Lenggong adalah salah satu tempat yang menarik, tapi ramai yang tak menyedari hakikat tersebut. Emm, sekali tengok macam takde apa2 je kan? Sebenarnya ada.. Nak tau?? Jom...

Kat sini sebenarnya banyak gua-gua untuk dilawati (tapi aku tak sempat lagi nak masuk...hehe). Disamping tu, bagi yang menggemari perkhemahan mahupun perkelahan, aku syorkan pegi ke Lata Kekabu...tempat ni best...






Seterusnya, bagi yang meminati sejarah melayu, boleh pegi ke Muzium Arkeologi Lenggong (yang tak minat tu tak dapek ar nk tolong...huuhu)



Aku takdelah minat sangat sebenarnya, just ikut2 jer...hehe. Kat bawah ni gambar kami adik beradik kat tangga muzium.



Satu lagi tempat menarik adalah Tasek Raban. Tasek Raban ni tempat rekreasi untuk budak2 kecik bermain ke atau pun tempat budak2 muda berdating ke. Apa2 jer lah..




Alamak, ada benda nak buat la...sambung nanti k...

Berhijrah ke Lenggong

Aku tak pernah menyangka dikurniakan seorang mak sekali lagi bersama adik-adik yang ramai. Lebih besar tanggungjawabku kini. Tapi aku bersyukur, sekurang-kurangnya keluargaku tidak lagi murung. Memang agak sukar untuk menyesuaikan diri dalam keluarga yang ramai, tapi itu lah hakikat yang harus kuterima. Aku, ayah dan adik-adik berhijrah ke Lenggong. Seronok juga hidup dalam keluarga yang ramai. Jika dulu aku hanya ada 2 orang adik, tapi kini aku mempunyai 8 orang adik. Ramai kan?hehe. 5 adik perempuan dan 3 adik lelaki. Syukur Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan keluarga yang baik. Lebih tenang hidup disini, dah lama aku tak merasa kehidupan di desa.

Coretan Ringkas Sepanjang Kehilangan...

Assalamualaikum, salam sejahtera. Niat asalnya aku mahu menguburkan terus aktiviti ber'blogging', namun minat untuk menulis masih tebal, muncul semula aku dalam dunia ni.

Bukan aku sengaja untuk menyembunyikan diri, tapi terlalu banyak kejadian yang berlaku dalam keluargaku. Disini aku ceritakan secara ringkas perjalanan hidup aku sejak hilangnya aku dalam dunia blog sehingga aku muncul kembali.

Tanggal 19 Oktober 2008, mak telah dimasukkan ke hospital. Penyakit mak makin melarat. Mak kembali ke rahmatullah pada 6 Disember 2008. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu. Jiwa kosong! Kehilangan seorang mak meninggalkan impak yang sangat besar kepada aku dan keluarga. Agak lama juga untuk aku menerima hakikat pemergian mak. Tuhan lebih sayangkan mak. Aku redha. Sekurang-kurangnya derita sakit mak berakhir.

Kami berhijrah ke Taiping memandangkan ofis ayah pun terletak di Taiping. Terlalu banyak kenangan bersama arwah mak. Kami mulakan hidup baru di Taiping.

Macam-macam masalah yang menimpa keluarga kami (tak perlu la dinyatakan disini). Pertengahan bulan May 2009, ayah menikahi seorang janda beranak 6. Kami adik-beradik tiada halangan kerana kami tahu ayah perlukan seseorang untuk hari tua nya.