Tuesday, June 23, 2009

Psycho baik punyaaa...

Lately aku sedikit sibuk menguruskan pertukaran sekolah adik ke Lenggong. Kami dah berpindah kesini, tapi brg2 tak angkat lagi, sekolah adik pun tak tukar lagi. So, ni lah dikatakan keje last minute..hehe.
Sebenarnya bukan sengaja melengah2kan hal pertukaran sekolah ni, masalahnya budak ni taknak tukar sekolah. Puas dah aku ngan adik-beradik lain pujuk, jawapannya "Takpe, jijah nak dok asrama asalkan sekolah yang sama". Wah, dia ingat best ke dok asrama tu. So, aku 'saiko' la mcm2, "Dik, nanti dok asrama kan asyik kene buli je, nak balik umah pun susah, pastu takde tv, nanti takleh tengok citer upik abu dan laura dah" Hahaha...termakan juga.
So, aku pun 'bertungkus-lumus' la menguruskan hal tersebut. Aishh, rumit juga uruskan sendiri hal ni. Tu la kerani sekolah nak tolong uruskan, aku sibuk offer diri nak buat sendiri.



Maka, pergilah ke PPD Gerik, menghantar surat pertukaran tu sendiri.



Dah alang2 ke sana, aku pun risik2 la permohonan untuk menjadi guru sandaran tidak terlatih. Amboi, nak tukar profession plak ke. Saja suka2 nak mencuba..hehe. Belum cuba belum tahu..

Tuesday, June 16, 2009

Senja Indah Di......?




Cantik kn waktu begini... Di mana saja lokasinya pun, tetap indah di mata aku. Korang tafsir la sendiri k...

Friday, June 12, 2009

Tempat Menarik!

Lenggong adalah salah satu tempat yang menarik, tapi ramai yang tak menyedari hakikat tersebut. Emm, sekali tengok macam takde apa2 je kan? Sebenarnya ada.. Nak tau?? Jom...

Kat sini sebenarnya banyak gua-gua untuk dilawati (tapi aku tak sempat lagi nak masuk...hehe). Disamping tu, bagi yang menggemari perkhemahan mahupun perkelahan, aku syorkan pegi ke Lata Kekabu...tempat ni best...






Seterusnya, bagi yang meminati sejarah melayu, boleh pegi ke Muzium Arkeologi Lenggong (yang tak minat tu tak dapek ar nk tolong...huuhu)



Aku takdelah minat sangat sebenarnya, just ikut2 jer...hehe. Kat bawah ni gambar kami adik beradik kat tangga muzium.



Satu lagi tempat menarik adalah Tasek Raban. Tasek Raban ni tempat rekreasi untuk budak2 kecik bermain ke atau pun tempat budak2 muda berdating ke. Apa2 jer lah..




Alamak, ada benda nak buat la...sambung nanti k...

Berhijrah ke Lenggong

Aku tak pernah menyangka dikurniakan seorang mak sekali lagi bersama adik-adik yang ramai. Lebih besar tanggungjawabku kini. Tapi aku bersyukur, sekurang-kurangnya keluargaku tidak lagi murung. Memang agak sukar untuk menyesuaikan diri dalam keluarga yang ramai, tapi itu lah hakikat yang harus kuterima. Aku, ayah dan adik-adik berhijrah ke Lenggong. Seronok juga hidup dalam keluarga yang ramai. Jika dulu aku hanya ada 2 orang adik, tapi kini aku mempunyai 8 orang adik. Ramai kan?hehe. 5 adik perempuan dan 3 adik lelaki. Syukur Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan keluarga yang baik. Lebih tenang hidup disini, dah lama aku tak merasa kehidupan di desa.

Coretan Ringkas Sepanjang Kehilangan...

Assalamualaikum, salam sejahtera. Niat asalnya aku mahu menguburkan terus aktiviti ber'blogging', namun minat untuk menulis masih tebal, muncul semula aku dalam dunia ni.

Bukan aku sengaja untuk menyembunyikan diri, tapi terlalu banyak kejadian yang berlaku dalam keluargaku. Disini aku ceritakan secara ringkas perjalanan hidup aku sejak hilangnya aku dalam dunia blog sehingga aku muncul kembali.

Tanggal 19 Oktober 2008, mak telah dimasukkan ke hospital. Penyakit mak makin melarat. Mak kembali ke rahmatullah pada 6 Disember 2008. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu. Jiwa kosong! Kehilangan seorang mak meninggalkan impak yang sangat besar kepada aku dan keluarga. Agak lama juga untuk aku menerima hakikat pemergian mak. Tuhan lebih sayangkan mak. Aku redha. Sekurang-kurangnya derita sakit mak berakhir.

Kami berhijrah ke Taiping memandangkan ofis ayah pun terletak di Taiping. Terlalu banyak kenangan bersama arwah mak. Kami mulakan hidup baru di Taiping.

Macam-macam masalah yang menimpa keluarga kami (tak perlu la dinyatakan disini). Pertengahan bulan May 2009, ayah menikahi seorang janda beranak 6. Kami adik-beradik tiada halangan kerana kami tahu ayah perlukan seseorang untuk hari tua nya.

Sunday, August 24, 2008

Entri Padat!

Entri kali ni pendek je.

Aku akan ber-outstation ke kedah mulai minggu depan. So, lagi la tak banyak masa nak berblogging sebab aku akan berada di sana hampir sebulan. InsyaAllah, beberapa hari sebelum raya aku akan terbitkan entri baru okay.

Akhir kata dari aku, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan...hehe


P/s: Jangan ponteng puasa tau!

Wednesday, August 13, 2008

Aku datang lagik!!

Dah lama tangan ni tak menaip. Blog terbiar je camtu. Kesian. Blog yang jadi mangsa kebizian aku.

Bukan aku sengaja takmo bukak blog ni, tapi masa di rumah sangat singkat. Kat rumah je la pon aku boleh ber'online'. Kat ofis jangan harap. Dan ada masalah tertentu yang membuatkan aku tak dapat berblogging cam biasa walaupun hari minggu.

Aku dalam tempoh bercuti skang ni. Bercuti kerana masalah tertentu. Waktu ni lah aku cuba curi masa utuk berblogging. Walaupun hanya seminggu.

Kat sini aku cuma nak berkongsi cerita je la, waktu appointment bersama penternak kambing. Sungguh aku terkejut bila nampak kambing yang besar2 gitu, tapi ada gak la yang kecik. Ladang kambing ni dekat Gua Tempurung. Agak teruja la jugak dapat tengok banyak sangat kambing. Member aku ni siap main kejar2 lagi ngan kambing.







Sebab aku tak pernah ke ladang kambing la aku jadi teruja..hehe. Takpe, nanti bila aku ke ladang kambing lagi, aku tangkap gambar banyak2, nak bagi korang2 tengok...hehe.


P/s: Gambar personal aku bersama kambing tak dapat disiarkan atas sebab2 tertentu :|