Wednesday, December 23, 2009

Sejujurnya bahagia...

Aku kembali lagi menulis!

Thanks to Pocket kerana sudi menyinggah di blog Epal.

Alhamdulillah, aku kini berjaya mengawal rasa tak puas hati, rasa tertekan dan segala macam rasa negatif yang ada pada diri aku, walaupun aku telah beberapa kali di'ngorat' oleh mamat2 bangla di tempat kerja. Dan yang paling menjelekkan ialah di'ngorat' oleh suami orang! Ngorat2 biasa takde hal la kan, dah mmg namanya lelaki. Tapi aku paling tak suka spesies yang dah ada bini tapi suka2 hati nak keluar ngan awek lain sedangkan bini kat rumah tengah sarat mengandung (ape punye ayat aku tulis daa).

Macam2 perangai aku jumpe! Tu la sebabnye aku suka wat sombong je kt tempat kerja (utk mengelakkan skandal). Salah ke? Sombong bertempat la kan.

Hmm....selepas beberapa kali berfikir kebaikan dan keburukan menyayangi orang, aku selesa dengan keadaan sekarang. Bahagia tanpa ada orang yang menyayangi mahupon disayangi (entah ayat ape plak aku pakai, bantai je la...asalkan aku sendiri paham :|)

Yang penting bahagiakan diri sendiri dan juga keluarga. Serik rasanya berhubungan rapat dengan kaum 'berlawanan'. Aku cuba buka pintu hati untuk orang lain, tapi tak mampu! Cannot go la! Pengalaman yang lepas buat aku rasa 'takde hati' nak bercinta (walaupun kadang2 teringin jgk :|)



*Mungkin suatu hari nanti Tuhan bukakan pintu hati aku untuk menerima insan yang tulus menyayangiku dan menerimaku seadanya...

1 comment:

KiMiE said...

Salam..jemput singgah blog baru saya..
http://kimie-blog.blogspot.com/

jgn lupa follow :D