Tuesday, November 24, 2009

Kucar kacir

Dah lame aku tak menulis. Nak menulis pun dah tak reti.Huh!
Tak tau pada sape nak meluahkan. Hidup dah jadi tak menentu. Macam2 yang aku fikirkan. Fikirkan apa yang bakal terjadi. Fikirkan nasib di kemudian hari. Entahlah. Rasa macam dah buntu. Otak dah tak mampu nak berfikir terlalu lama. Hati jadi tak tenang.

Aku ni terlalu banyak mengeluh. Tak elok.

Banyak yang buat aku terfikir. Waktu dalam kesusahan, takde siapa pun yg sudi menadah telinga mendengar bicaraku. Teman yang paling rapat di hati pun melarikan diri. Apa salah aku? Terlalu banyak dugaan yang aku terima.

Kadang2 aku rasa hati ini hanya untuk permainan insan2 bergelar lelaki. Teganya hati mereka. Memang sukar untuk mencari teman yang benar2 jujur dalam perhubungan. Teman berhibur memang senang dicari. Tak cari pun diorang datang. Aku mencari teman yang boleh menemani aku sepanjang hayat. Jujur mencintai. Tulus menyayangi. Susah ke?

Teman yang selama 3 tahun aku kenal pun tak mampu bersikap jujur dengan aku. Kalau la aku dah kawen dengan teman aku ni, mau digantung tak bertali. Tiba2 menghilangkan diri. Tak suka cakap tak suka.

Entahlah. Malas dah aku nak berkawan rapat ngan sapa2. Kebanyakan lelaki skang susah nak percaya.

Hmm...sambung esok la, mata dah ngantok. Esok nak keje. Kena lalui hari esok pula.

Daa...

1 comment:

Pocket said...

and the next post after this will be somewhere in Feb 2010?
heheheh, sorry pocket bersarkastik disini,

kalau nak curah kan rasa ati,
kan ker dah ada tpt nya disini,
anonymously tulih jer kat blog ni,
pasti ada pembaca simpati.
kalau ada penyelesaian lagi bagus kan:D

lelaki will always be lelaki,
so sayang camana pun simpan sikit benci,
mana tau dia lari ikut suka ati,
kita jgak yg terbakar nanti.

so sekian sahaja iklan untuk suruh orang blogging :D heheheh

jangan maraa yer :D