Friday, June 12, 2009

Coretan Ringkas Sepanjang Kehilangan...

Assalamualaikum, salam sejahtera. Niat asalnya aku mahu menguburkan terus aktiviti ber'blogging', namun minat untuk menulis masih tebal, muncul semula aku dalam dunia ni.

Bukan aku sengaja untuk menyembunyikan diri, tapi terlalu banyak kejadian yang berlaku dalam keluargaku. Disini aku ceritakan secara ringkas perjalanan hidup aku sejak hilangnya aku dalam dunia blog sehingga aku muncul kembali.

Tanggal 19 Oktober 2008, mak telah dimasukkan ke hospital. Penyakit mak makin melarat. Mak kembali ke rahmatullah pada 6 Disember 2008. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu. Jiwa kosong! Kehilangan seorang mak meninggalkan impak yang sangat besar kepada aku dan keluarga. Agak lama juga untuk aku menerima hakikat pemergian mak. Tuhan lebih sayangkan mak. Aku redha. Sekurang-kurangnya derita sakit mak berakhir.

Kami berhijrah ke Taiping memandangkan ofis ayah pun terletak di Taiping. Terlalu banyak kenangan bersama arwah mak. Kami mulakan hidup baru di Taiping.

Macam-macam masalah yang menimpa keluarga kami (tak perlu la dinyatakan disini). Pertengahan bulan May 2009, ayah menikahi seorang janda beranak 6. Kami adik-beradik tiada halangan kerana kami tahu ayah perlukan seseorang untuk hari tua nya.

No comments: