Sunday, August 24, 2008

Entri Padat!

Entri kali ni pendek je.

Aku akan ber-outstation ke kedah mulai minggu depan. So, lagi la tak banyak masa nak berblogging sebab aku akan berada di sana hampir sebulan. InsyaAllah, beberapa hari sebelum raya aku akan terbitkan entri baru okay.

Akhir kata dari aku, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan...hehe


P/s: Jangan ponteng puasa tau!

Wednesday, August 13, 2008

Aku datang lagik!!

Dah lama tangan ni tak menaip. Blog terbiar je camtu. Kesian. Blog yang jadi mangsa kebizian aku.

Bukan aku sengaja takmo bukak blog ni, tapi masa di rumah sangat singkat. Kat rumah je la pon aku boleh ber'online'. Kat ofis jangan harap. Dan ada masalah tertentu yang membuatkan aku tak dapat berblogging cam biasa walaupun hari minggu.

Aku dalam tempoh bercuti skang ni. Bercuti kerana masalah tertentu. Waktu ni lah aku cuba curi masa utuk berblogging. Walaupun hanya seminggu.

Kat sini aku cuma nak berkongsi cerita je la, waktu appointment bersama penternak kambing. Sungguh aku terkejut bila nampak kambing yang besar2 gitu, tapi ada gak la yang kecik. Ladang kambing ni dekat Gua Tempurung. Agak teruja la jugak dapat tengok banyak sangat kambing. Member aku ni siap main kejar2 lagi ngan kambing.







Sebab aku tak pernah ke ladang kambing la aku jadi teruja..hehe. Takpe, nanti bila aku ke ladang kambing lagi, aku tangkap gambar banyak2, nak bagi korang2 tengok...hehe.


P/s: Gambar personal aku bersama kambing tak dapat disiarkan atas sebab2 tertentu :|

Sunday, July 13, 2008

Ketawa Itu Sihat

Perkara Yang Sedang Difikirkan (Tag Dari Bendul)

Hari ni aku bukan nak buat sambungan aktiviti waktu senggang siri kedua, tapi aku nak langsaikan dulu tag dari Bendul nih. Aku kan anak murid cemerlang, kena lah buat homework cepat2 :P


Perkara-perkara Yang Sedang Aku Fikirkan Sekarang..
  • Macam mana lah agaknya keadaan di Eastern Europe. Eastern Europe confirm!
  • Harap2 kesihatan mak bertambah baik kat sana. Tak sabar nak tunggu mak balik dalam keadaan sihat.
  • Kenapalah aku terlalu sibuk dengan kerja. Kadang2 aku terlupa yang aku telah mengabaikan keluarga (nasib baik aku tak kahwin lagi, kalau tak lagi teruk :).
  • Bila aku nak pakai kereta mewah nih..? (berangan plak)
  • Nak kurangkan sikit kedegilan, tapi camaner eak..?
  • Jom karok!! (bagi yang tak faham, 'karok' adalah singkatan daripada perkataan karaoke...hehe)
  • Ada sapa2 tak yang nak tolong jadi perunding kecantikan aku..? Sila angkat keyboard! (aku dah ar tak reti mekap, camaner nak pegi konvensyen nanti)
  • Nak cari kasut putih la...kat mana murah eak?.. (bukan kasut sekolah okay!)
  • Agak2 aku nak kahwin umur berapa eak :-? (eh, salah ke kalau aku fikir camtuh)
  • Tetiba rasa lapar pulak! Nak makan apa eak? Eh, lupa nak masak daa...hehe.

Aku sebenarnya malas dah nak tag2 orang nih. Tapi aku nak jugak! Hahaha.. Cik Tyrah, silalah berbuat demikian yek.

*Tyrah, kalau u buat tag nih, 26 or 27hb nih i turun sana belanja u makan (syhh, jgn btau org lain)*

Tuesday, July 08, 2008

Aktiviti Waktu Senggang 1

Apa yang aku buat waktu senggang? Sama2 lah saksikan siri pertama waktu senggang ini (ayat cam best jek :|).


Mengunyah Kuaci Tanpa Henti

Eh, syok giler dapat makan kuaci nih. Bila dah start makan, memang susah nak berhenti nye lah. Tapi bukan waktu lapang je aku makan kuaci nih, dalam kete waktu nak gi outstation pun sempat lagik "dah ghope hamster dah" kawan aku yang cakap...hehe. Kalau korang tak caye, cubalah nanti, mesti susah nak stop nye.



Bersambung...


*Saksikan sambungan di siri yang kedua*



Monday, June 30, 2008

Menyimpan Untuk Masa Depan

Haih! Seminggu jugak la aku tak hapdet blog ni. Korang2 rindu tak kat aku? (Wah, aku kelihatan sangat perasan. Perasan orang rindu :|)

Rasanya cam kehilangan idea je nak berblogging 8-|

Tapi aku rasa cam nak citer sikit la satu mende nih yang sangat2 berguna untuk bumiputera kita. Kebanyakan orang melayu ni susah sikit nak menyimpan. Betul tak? Menyimpan tu penting untuk masa depan kita. Tak kira la orang tu bujang atau dah kawin. Setiap lapisan mesti kena menyimpan. Aku takde lah nak kata yang aku ni rajin sangat menyimpan :| tapi ada la kesedaran untuk menyimpan sikit2, sementara masih muda ni.

Actually kerja aku ni lebih kepada menyuruh orang menyimpan, especially kaum bumiputera. Kita sama2 nak majukan bumiputera kan, sebab itu lah aku selalu cari client bumiputera. Bukannya tak boleh nak suruh kaum2 lain menyimpan, tapi niat yang sebenar2nya nak tolong bumiputera.

Terus terang, aku kerja dengan AmBank Group. Kerja aku apa? Perunding kewangan and then jaga akaun orang. Berat tak? Sama berat je dengan kerja lain.

Korang tahu tak, bukanlah nak puji bank sendiri, rata2 client yang aku jumpa, semua kata pelan simpanan yang AmBank buat ni adalah pelan yang terbaik. Sebab client akan diberi 2 jenis pulangan. Pulangan yang pertama tu adalah pulangan guarantee yang akan dapat setiap 3 tahun. Pulangan yang kedua tuh pulak turun naik la ikut kepada keuntungan syarikat macam bank2 lain bagi. Bank2 lain pun bagus jugak, cuma korang akan dapat banyak benefit la menyimpan kat sini. Lagi satu, pulangan guarantee yang korang dapat, dikira dari nilai pampasan, bukan nilai simpanan, kalau banyak yang korang simpan, banyak lah nilai pampasan. Once korang dah join simpanan ni, korang akan diberi pakej perlindungan percuma. Tapi basic aje la.

Banyak sebenarnya benefit yang korang boleh dapat dari simpanan ni. Cuma aku tak tau la macam mana nak menyedarkan orang melayu kita untuk menyimpan. Bagi yang dah kawin tuh, fikir2kan lah simpanan untuk anak2. Yang belum kawin pun, fikir2kan lah simpanan untuk hari tua.

Check this out!
AmCash Guarantee 21


Kalau korang rasa masih tak jelas, korang boleh je PM aku kt YM.

Atau korang boleh terus direct call aku 012-3683984 (atas urusan kerja sahaja).

Aku boleh jadi Perunding Kewangan korang. Asalkan korang rajin menyimpan.



*Rajin2lah menyimpan untuk masa depan*

Sunday, June 22, 2008

Tag Dari MatematisMuda Tentang 7

Maaf kerana melambat-lambatkan entri tag ini. Bukan sengaja okay! Harus difahami ye kerana aku kebizian dengan kerja. Lihatlah semuanya mengenai tujuh.


1. 7 FAKTA TENTANG DIRI
2. 7 PERKARA MENAKUTKAN
3. 7 LAGU BUAT MASA INI
4. 7 PERKATAAN SELALU SEBUT
5. 7 PERKARA AMAT BERNILAI
6. 7 'PERTAMA KALI' DALAM HIDUP
7. 7 BLOG DIPILIH

Dan lihatlah hasilnya dibawah:


1. 7 FAKTA TENTANG DIRI
  • Aku adalah anak sulung dari 3 beradik. Seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan.
  • Kadang2 aku boleh jadi seorang yang emo, dan aku akan jadi sangat sensitif bila dalam keadaan tertekan.
  • Aku sukakan warna purple dan pink, tapi kalau korang nak tau kebanyakan baju2 aku adalah warna hijau. Adakah dalam tak sedar aku meminati warna hijau? (no komen!)
  • Aku pandai memasak makanan yang aku suka...hehe. Kalau nak suruh aku masak, pastikan makanan itu adalah favourite aku okay!
  • Orang kata aku ni degil. Orang kata.
  • Harus diingat bahawa aku ni suka bershopping! So, sesiapa yang keluar dengan aku haruslah bersabar okay kerana aku akan mengambil masa yang lama untuk memilih barang2 :|
  • Kalau aku keluar makan dengan kawan2, diorang akan pastikan yang aku akan dapat makanan aku dulu. Sebab apa? Hampeh la budak2 ni, kata aku makan lambat! (Eh, sebab aku nak bagi hadam dulu makanan tu okay!). Ada member aku tanya "Eh, kau kunyah 44 kali ke makanan tu?". Entah, aku tak kira pun berapa kali aku kunyah :|

2. 7 PERKARA MENAKUTKAN
  • Semestinya aku takutkan Allah.
  • Takutkan kematian sebab amalan aku masih belum mencukupi.
  • Aku takut kehilangan insan2 yang aku sayang.
  • Takut berubah hati terhadap kekasih hati (Eh, boleh terima ke tuh? bantai je la!).
  • Aku takut bermimpi. Kalau boleh aku taknak ada mimpi langsung :-s (aku cuma boleh mintak, tapi aku tak boleh halang kalau termimpi jugak).
  • Disebabkan aku pernah dikejar anjing, so aku memang takut kalau dikejar anjing lagi.
  • Takut lipas terbang2 :|

3. 7 LAGU BUAT MASA INI
  • Matahariku - Agnes Monica
  • Permintaan Hati - Letto
  • Over You - Chris Daughtry
  • Setelah - A.C.A.B.
  • Aku Lebih Tahu - Mila
  • Tanpa - 6ixth Sense
  • A Song For Mama - Boys II Men

4. 7 PERKATAAN SELALU SEBUT
  • Bismillahhirahmanirrahim.
  • Alhamdulillah.
  • Yeke ni?
  • Hampeh tul la!
  • Eyy, dia ni!
  • Contoh..
  • Eastern Europe confirm! hehe..

5. 7 PERKARA AMAT BERNILAI
  • Keluarga.
  • Maruah diri dan keluarga.
  • Agama Islam.
  • Persahabatan.
  • Diriku sendiri (kerana diriku begitu berharga)
  • Duit, duit dan duit. Kalau takde duit, apa pun tak jadi.
  • Pekerjaan. Kalau tak kerja takde duit :|

6. 7 'PERTAMA KALI' DALAM HIDUP
  • Pertama kali mendapat laptop ketika berusia 20 tahun. Hadiah dari ibu. Aku sangat berterima kasih okay :|
  • Pertama kali mempunyai handphone sendiri ketika umur nak masuk 18 tahun. Juga hadiah dari ibu.
  • Pertama kali yang seterusnya, sila baca sini.

7. 7 BLOG DIPILIH
Orang2 ini sangat bertuah okay kerana terpilih dalam top 7!
Terpulanglah pada korang nak buat atau tak. Pada yang dah buat tuh, sorry la yek, tak tau...hehe

Sekianlah entri tag dari MatematisMuda ini. Jumpa lagi di lain tag! :|


P/s: Sorry la MatematisMuda, lambat melangsaikan tag :|