Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

Monday, June 16, 2008

Isk...malunya!

"Ala kak, tengok ni.."

"Ya Tuhan, camner leh jadi camni?"

"Kahkahkah...kelakar ar Lia"

Adehh, member aku ni siap gelakkan aku lagik. Mana la aku nak sangka kasut kesayanganku putus. Memang suwey betul la hari ni! Dah la appointment last minute cancel, balik ofis lak kasut putus. Ngam2 kuar dari kete jek kasut putus (almaklumlah kasut dah uzur). Adeshh!

Nasib baik la ada kawan2 yang memahami, siap tolong belikan gam gajah lagik untuk gam kasut aku tuh (aku dok lepak kt bawah jek tunggu kasut kering..hehe). Alhamdulillah, boleh pakai sampai balik rumah...hehe.

Gosip2 camni cepat tersebar yek kat ofis (kasut putus pun boleh wat gosip). Aku naik2 je ofis....

"Ai akak wartawan, kasut putus ke? Buat liputan apa tadi sampai putus2 kasut"

Ceh, kurang asam betul! Menyindir aku nombor 1! Aku sekeh kepala sorang2 baru tau.


*Next time aku kena spare 1 kasut la nampaknya (ganas sangat kot aku jalan, sampai putus2 gitu)*

Sunday, June 15, 2008

Kenapakah Gelaran Itu?

"Weewitt...caya lah wartawan!"

Heh! Apakah?!

"Haa...hilang dah pen wartawan!"

Apakah lagi?!

Adakah rupaku persis wartawan? Atau caraku barangkali seperti wartawan? Mengarut la korang! Haih! Budak2 ofis ni suka betul menyakat aku. Tiap kali masuk meeting asyik nak mengenakan aku je.

"Akak wartawan tu nak tanya apa2 tak?"

Wartawan lagik! Kang aku jadik wartawan bebetul kang, terkejut beruk korang! heheh

Apakah sebabnya budak2 ini menggelarkan aku wartawan? (aku pun berfikir)

Setelah fikir dan berfikir....akhirnya aku mendapat satu jawapan!

Bukan sebab aku banyak bertanya macam wartawan okay! Bergosip pun bukan! (Aku adalah sangat pemalu di ofis :">)

Tapi sebab....buku nota kecil dan pen sentiasa berada di samping aku...hehheh (aku pun baru perasan mende tuh). Lalu digelarnya aku 'akak wartawan'.

Masin mulut korang kang, betul2 aku jadik wartawan...lallalalalla..

Aku tak ambik pusing pun sakat2 dorang tuh, sama sekali tak menjatuhkan aku (buat aku famous lagik ada lah :P).

Kadang2 bila ada usik-mengusik macam ni, hilang jugak tension. Kalau asyik serious je kerja, tak best jugak kan. Kerja kena enjoy! hehe..



P/s: Thanks pada semua rakan sekerja, kerana menceriakan hari2 kerja ku!

Sunday, June 01, 2008

Sungguh Aku Tersepit!

Aku rasa tak senang hati skang ni. Aku serba salah. Sungguh. Aku tersepit. Macam mana lah aku nak settlekan problem ni. Yang tu kawan, yang ni pun kawan. Apa aku nak buat ni!

Dalam ofis aku ni sebenarnya ada group2 untuk pegi outstation. Aku baru je dapat call dari kawan ofis aku. Dia nak kami berpecah dari group kami skang. Then buat satu group baru yang hanya ada aku, dia dan sorang lagi budak ofis. Alasannya? Takut ditindas. Sebab? Group kami yang sekarang ni terdiri dari senior2. So, kawan aku ni takut2 la kalau kami dapat projek besar, diorang yang nak makan lebih. Adakah kami telah berprasangka buruk? Eh, bukan kami! Dia jer.

Aku bingung, projek2 yang sebelum ni, kitorang pegi sama2. Tiba2 nak berpecah. Macam mana dengan projek2 sebelum ni yang tak settle lagi? Adakah kami group yang baru perlu grab? Atau biarkan saja projek2 tu di handle oleh senior kami? Rugi la kami camtu!

Satu lagi perkara yang sangat memeningkan kepala otak aku ni! Macam mana relationship kami nanti setelah berpecah? Aku takmo la nanti bermasam muka antara satu sama lain. Kerja satu ofis, tapi tak bertegur sapa. Hanya kerana berpecah group. Macam mana ni??


P/s: Apa yang aku merepek ni? Aku tak paham la!