Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Sunday, May 25, 2008

5 Benda Yang Aku Nak Sebagai Hadiah

Aku telah di tag oleh Cik Tyrah (bakal peguam peribadi ku). Sebelum aku mengalami kebizian yang kronik, lebih baik aku setelkan dulu tag ni. Berikut adalah 5 benda yang aku nak sebagai hadiah:


1. Percutian ke Eastern Europe.

Aku sangat teruja okay untuk ke Eastern Europe! Aku mahukan percutian aku ke Eastern Europe ditanggung sepenuhnya termasuklah shopping (demand sungguh!).


2. Coklat yang sangat banyak (eh, buleh terima ke ni :|).

Haa...yang ni memang favorite aku. Wahh...sangat sweet okay kalau ada orang yang menghadiahkan aku begitu banyak coklat! Aku sangat2 menghargai hadiah tersebut (kalau ada yang bagi lah :D) walaupun aku tau akhirnya coklat tuh akan abis dalam masa sehari!


3. Patung Patrick Star yang sangat besar (untuk dipeluk).

Aku tau ramai yang suka patung spongebob. Tapi aku lebih sukakan patung Patrick, sangat cute okay! Aku ada satu patung patrick yang kecil dan aku sangat2 menghargainya sebab ia adalah pemberian daripada bestfriend aku. So, lepas ni aku nakkan patung patrick yang sangat besar (buleh tak?). Ada sapa2 yang sudi nak bagi?! Sila2 :D (kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan :|).


4. Himpunan novel2 tulisan Aisya Sofea.

Mesti korang kata "Alah, boleh beli sendiri ni". Tak mahu okay! Aku mahukan novel2 tulisan Aisya Sofea dari yang terdahulu sehingga yang terkini. Setakat ni aku cuma ada beberapa sahaja novel Aisya Sofea (ini adalah kerana kekurangan bajet dan kemalasan nak ke kedai buku :|). Aku mahukan hadiah itu!! Sesiapa yang simpati dengan aku, silalah berbuat demikian yek (menghantar hadiah itu secepat mungkin).


5. Kasut tumit tinggi.

Ala, aku pon macam pompuan lain gak, mesti ar nak pakai high heels. Aku sukakan kasut itu! Tapi sangat mahal okay! Ini bermakna aku tak mampu untuk memilikinya unless kalau ada orang yang nak hadiahkan untuk aku. Silalah kalau sudi :-"


Eh, dah abis eak...baru ingat nak tambah lagik :|
Terima Kasih la Cik Tyrah kerana memberikan homework :|

Untuk ni aku takmo tag sesape, tapi untuk yang akan datang mungkin ada :D
Bersiap sedia yek kawan2, sebab lepas ni aku kena setelkan lagi satu tag dan mungkin korang2 akan menjadi mangsa :->

Thursday, May 22, 2008

Makanan Yang Sedap

Selain tido, hobi aku adalah makan, makan dan makan! Indahnya hidup ini bila dapat menikmati makanan yang sedappp setiap hari. Aku baru balik dari dinner sebenarnya (chewah! dinner plak!). Ada satu tempat makan kat Ipoh ni yang buat aku tertarik (Hey2! selalu aku dinner kat luar ngan family jek!). Tempat ni aku rasa sangat special sebab nampak mewah walaupun hanya di tepi jalan. Dari jauh nampak macam warung2 biasa kat tepi jalan tuh, tapi bila dah dekat nampak sangat unik okay! Macam restoran berhawa dingin pon ada walaupun takde aircond. Kemudian ada air yang jatuh bercucuran disebalik cermin di tepi kedai (sangat poyo lah ayat tuh). Sejuk jek mata memandang. Kalau ada kawan2 aku yang nak datang Ipoh, aku boleh bawak lah try makan kat tempat ni.

Aku sebenarnya jarang nak masuk kedai2 makan melayu ni, sebab taste aku ni sukakan masakan Thai. Biasa lah kalau orang melayu masak makanan Thai ni, ada jek yang kurang. So tiap kali nak makan kat luar, mesti cari kedai makan yang dimasak oleh orang siam sendiri, baru lah ada kick!

Tapi tempat yang aku nak cerita ni sama sekali berbeza. Ni betul2 kedai melayu, tapi masak makanan Thai memang sedap (tak tau la pulak aku kalau memang ada orang siam yang masak kat situ). Yang pastinya aku tak dengar loghat siam pon kat situ. Aku rasa kedai ni dah penah masuk tv kot (dalam cerita 'destinasi bajet'). Nama kedai ni (alamak! cmner nak promote ni kalau tak pasti :|) apa yang aku dengar dari cerita orang, kedai ni adalah kedai anak Md Jasak...hehe. Kalau tak silap aku, dia ada tulis Yahya Jasak (Er...betul ke ntah). Ahhh! susah2 sangat kalau nak pegi aku boleh tunjukkan. Dekat dengan Kompleks Yik Foong dan Super Kinta (kalau orang Ipoh, mesti tau kan..)

Aku tak berkesempatan untuk snap gambar kedai tuh (sebenarnya malu, kang orang syak apa2 kang, susah aku!). Tapi gambar makanan tuh aku ada tangkap..hehe.

Taraaa!! Ni la dia Kuewtiaw Ladna (salah satu favorite aku). Hmm...sangat sedap okay! (tapi sayang, udang selalu kena tolak ke pinggan ayah). Harga pon berpatutan. Kawan2 sila lah menjamu mata yek!!