Banyak juga tarikh untuk diingati bila tiba bulan Mei. Antara yang popular mestilah hari ibu. Sebelum ini saya sering tertanya-tanya apakah tarikh sebenar hari ibu. Kalau tanya pada kawan2 pun ramai yang tak pasti tentang tarikh hari ibu.
Semalam saya terdengar di tv, bagi kebanyakan negara, hari ibu disambut pada ahad minggu kedua bulan mei. Bermakna 11 Mei ini. Tetapi sesetengah negara pula menyambut hari ibu pada 8 Mei, sejarah hari ibu mula2 sekali, tahun bila tu saya tak pasti pulak.
Apa yang penting hari ibu disambut untuk menghargai jasa2 ibu sejak kita wujud dalam rahim ibu sehingga kita menjadi seorang insan. Tak kisah la bila tarikh sebenar hari ibu, sebab kita seharusnya menghargai jasa ibu kita setiap hari, bukan untuk hari2 tertentu sahaja.
Betapa pentingnya ibu dalam hidup kita. Ibu sentiasa berada disisi kita dikala susah atau senang, suka atau duka. Cuba bayangkan bagaimana keperitan ibu ketika melahirkan. Saat itu ibu bertarung antara hidup atau mati.
Saya menulis bukan semata2 untuk mengingatkan orang lain, tapi yang penting untuk mengingatkan diri saya sendiri. Supaya sedar sebelum terlambat.
Selamat Hari Ibu untuk semua ibu2 didunia!
Friday, May 09, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
STiaP HaRi aDeLaH HaRi iBu ! YaY !!!
xkan nak tunggu hari ibu jek nak kate sayam kat mamma kann,lya :p
Wana: Yayy!!
Rynak: Btul2...i setuju :|
Post a Comment