Friday, May 30, 2008

Entri Tanpa Motif #3

Arghh! kebizian aku makin kronik hari demi hari. Otak aku masih dalam keadaan yang serabut, jadi pastinya aku tak dapat mengarang ayat2 yang panjang untuk blog aku.


P/s: Ada sesapa yang sudi nak langsaikan kerja2 aku??

Tuesday, May 27, 2008

Entri Tanpa Motif #2

Haihh! Kenapekah aku kesempitan masa nak menghapdet blog dengan sempurna?


P/s: Maaf ye kawan2...ade masa nnt aku akan jenguk blog korang :|

Sunday, May 25, 2008

Entri Tanpa Motif #1

Erk...pesal aku plak yang tersenyum2 nengok khai ngan rosma kawen :|
(semasa menyaksikan nona sebentar tadi).





5 Benda Yang Aku Nak Sebagai Hadiah

Aku telah di tag oleh Cik Tyrah (bakal peguam peribadi ku). Sebelum aku mengalami kebizian yang kronik, lebih baik aku setelkan dulu tag ni. Berikut adalah 5 benda yang aku nak sebagai hadiah:


1. Percutian ke Eastern Europe.

Aku sangat teruja okay untuk ke Eastern Europe! Aku mahukan percutian aku ke Eastern Europe ditanggung sepenuhnya termasuklah shopping (demand sungguh!).


2. Coklat yang sangat banyak (eh, buleh terima ke ni :|).

Haa...yang ni memang favorite aku. Wahh...sangat sweet okay kalau ada orang yang menghadiahkan aku begitu banyak coklat! Aku sangat2 menghargai hadiah tersebut (kalau ada yang bagi lah :D) walaupun aku tau akhirnya coklat tuh akan abis dalam masa sehari!


3. Patung Patrick Star yang sangat besar (untuk dipeluk).

Aku tau ramai yang suka patung spongebob. Tapi aku lebih sukakan patung Patrick, sangat cute okay! Aku ada satu patung patrick yang kecil dan aku sangat2 menghargainya sebab ia adalah pemberian daripada bestfriend aku. So, lepas ni aku nakkan patung patrick yang sangat besar (buleh tak?). Ada sapa2 yang sudi nak bagi?! Sila2 :D (kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan :|).


4. Himpunan novel2 tulisan Aisya Sofea.

Mesti korang kata "Alah, boleh beli sendiri ni". Tak mahu okay! Aku mahukan novel2 tulisan Aisya Sofea dari yang terdahulu sehingga yang terkini. Setakat ni aku cuma ada beberapa sahaja novel Aisya Sofea (ini adalah kerana kekurangan bajet dan kemalasan nak ke kedai buku :|). Aku mahukan hadiah itu!! Sesiapa yang simpati dengan aku, silalah berbuat demikian yek (menghantar hadiah itu secepat mungkin).


5. Kasut tumit tinggi.

Ala, aku pon macam pompuan lain gak, mesti ar nak pakai high heels. Aku sukakan kasut itu! Tapi sangat mahal okay! Ini bermakna aku tak mampu untuk memilikinya unless kalau ada orang yang nak hadiahkan untuk aku. Silalah kalau sudi :-"


Eh, dah abis eak...baru ingat nak tambah lagik :|
Terima Kasih la Cik Tyrah kerana memberikan homework :|

Untuk ni aku takmo tag sesape, tapi untuk yang akan datang mungkin ada :D
Bersiap sedia yek kawan2, sebab lepas ni aku kena setelkan lagi satu tag dan mungkin korang2 akan menjadi mangsa :->

Thursday, May 22, 2008

Makanan Yang Sedap

Selain tido, hobi aku adalah makan, makan dan makan! Indahnya hidup ini bila dapat menikmati makanan yang sedappp setiap hari. Aku baru balik dari dinner sebenarnya (chewah! dinner plak!). Ada satu tempat makan kat Ipoh ni yang buat aku tertarik (Hey2! selalu aku dinner kat luar ngan family jek!). Tempat ni aku rasa sangat special sebab nampak mewah walaupun hanya di tepi jalan. Dari jauh nampak macam warung2 biasa kat tepi jalan tuh, tapi bila dah dekat nampak sangat unik okay! Macam restoran berhawa dingin pon ada walaupun takde aircond. Kemudian ada air yang jatuh bercucuran disebalik cermin di tepi kedai (sangat poyo lah ayat tuh). Sejuk jek mata memandang. Kalau ada kawan2 aku yang nak datang Ipoh, aku boleh bawak lah try makan kat tempat ni.

Aku sebenarnya jarang nak masuk kedai2 makan melayu ni, sebab taste aku ni sukakan masakan Thai. Biasa lah kalau orang melayu masak makanan Thai ni, ada jek yang kurang. So tiap kali nak makan kat luar, mesti cari kedai makan yang dimasak oleh orang siam sendiri, baru lah ada kick!

Tapi tempat yang aku nak cerita ni sama sekali berbeza. Ni betul2 kedai melayu, tapi masak makanan Thai memang sedap (tak tau la pulak aku kalau memang ada orang siam yang masak kat situ). Yang pastinya aku tak dengar loghat siam pon kat situ. Aku rasa kedai ni dah penah masuk tv kot (dalam cerita 'destinasi bajet'). Nama kedai ni (alamak! cmner nak promote ni kalau tak pasti :|) apa yang aku dengar dari cerita orang, kedai ni adalah kedai anak Md Jasak...hehe. Kalau tak silap aku, dia ada tulis Yahya Jasak (Er...betul ke ntah). Ahhh! susah2 sangat kalau nak pegi aku boleh tunjukkan. Dekat dengan Kompleks Yik Foong dan Super Kinta (kalau orang Ipoh, mesti tau kan..)

Aku tak berkesempatan untuk snap gambar kedai tuh (sebenarnya malu, kang orang syak apa2 kang, susah aku!). Tapi gambar makanan tuh aku ada tangkap..hehe.

Taraaa!! Ni la dia Kuewtiaw Ladna (salah satu favorite aku). Hmm...sangat sedap okay! (tapi sayang, udang selalu kena tolak ke pinggan ayah). Harga pon berpatutan. Kawan2 sila lah menjamu mata yek!!

Sesat ke..? Lebih kurang la..

Pagi tadi aku kena pegi ke Bangunan Persekutuan Greentown untuk jumpa En. Mokhtar. Pegi lah bersama 'driver' aku (ceh, sesuke ati jek panggil 'driver', kalau ayah aku baca ni, gerenti kena pelangkung :-s). On the way nak kesana, aku telefon la En. Mokhtar, kang takut silap tempat plak.

"En. Mokhtar, I'm on the way nih nak kesana. Kat Bangunan Persekutuan Greentown (BPG) ke?."
"Yer...yer...betul kat situ. Dah sampai nanti call I ok."

10 minit kemudian aku dan ayah aku sampai la tempat dituju(alah, kacang jek jalan nih). Aku pon call la semula En. Mokhtar tuh.

"En. Mokhtar, I dah sampai kat bangunan persekutuan nih."
"Haa...you nampak tak Am Bank?"
"Eh, mana pulak datangnya Am Bank kat sini, betul ke ni En. Mokhtar?"
"Ala, dekat Greentown Business Centre (GBC)."
"Pulak dah...okay...okay, pastuh I nak g mana plak nih?"
"Sampai nanti, you naik tingkat 3 eak."

Aku letak telefon. Eyy, En Mokhtar nih, cakaplah siang2 kat GBC. Sah! silap tempat (abis la nih, mesti kena bebel ngan ayah aku, tp bukan salah aku kan). Dah agak! sepanjang jalan aku kena bebel. Berpusing2 la kami mencari destinasi yang tepat. Haihh! macam sesat je nih! Kat Ipoh jangan main2, silap tempat, sesat arh, bukan boleh u-turn2. So, terpaksa la call mak aku sebab mak aku arif sikit selok belok Ipoh nih. Kalau harapkan aku ngan ayah aku, hampehla!! Dekat setengah jam jugak lah pusing2, barulah sampai tempat dituju. Tempatnya dekat jek (ceh, berlagak sungguh!), tapi boleh pulak sesat, padan muka aku! Nak cepat jadik lambat!

Wednesday, May 21, 2008

Apakah Yang Di Buat...?

Eh2...ada gambar la kat bawah..hehe. Gambar tuh di candid oleh classmate aku waktu buat student project. Sebenarnya aku nak publish gambar nih tahun lepas lagi, masa dengan blog lama dulu tapi tak berkesempatan (sebenarnya malu nak tunjuk...sekarang dah tak berapa nak malu dah :D). Apa motifnya meletakkan gambar tuh?! (aku sendiri jawab la eak :-"). Motifnya ialah, aku nak suruh korang teka lah :| (buat2 tanye lagik!). Apakah yang dibuat oleh budak perasan comel tuh..?



Sila2...jgn segan2 untuk meneka eak...nanti aku akan publishkan gambar2 yang lain plak!

Monday, May 19, 2008

5 Peristiwa Kali Pertama

Aku telah ditag oleh Wana! Demi untuk memuaskan hati beliau dan takmo menangguh-nangguhkan lagi hutang tag nih, terhasil lah entri mengenai 5 Peristiwa Kali Pertama.

Pertama Kali Tinggal Di Hostel.
Seriously, aku tak penah tinggal kat hostel sepanjang bersekolah. First time aku dok hostel waktu umur aku 18 tahun, masa tuh aku study kat N9. Tapi hostel yang aku dok tuh berlainan sama sekali dengan hostel2 kat sekolah menengah (dah macam kat rumah sewa jek). Ahh, takpelah janji namanya hostel! Biasa lah kalau first time dok kat hostel nih, susah sikit la nak sesuaikan diri (excited ade, jakun pon ade). Tiap kali nak tidur je mesti nangis ingat kat famili (bukan sebab ngade2 lah! tp sebab aku tak penah jauh ngan famili). Lama2 seronok pulak, tambah lagi dapat geng yang sekepala.

Pertama Kali Meminati Insan Bernama Lelaki.
Waktu tuh aku sekolah rendah lagik, dalam umur 10 tahun. Aku minat kat budak sekolah aku sendiri! (ceh, budak sekolah rendah pon pandai nak minat2). Disebabkan 'dia' sangat charming di mata aku (waktu tuh jer lah), aku pun memendam perasaan chenta kat 'dia'(chewah! chenta ke? chenta munyet bleyh arh). Tiga tahun jugak lah aku main2 mata ngan 'dia' (dia bagi respon ar tuh). Tapi lepas sorang budak baru masuk sekolah tuh, 'dia' beralih arah (sebab awek tuh cun, walaupun agak pendek...huahuahua). Aku keciwa! (Eleh, dia ingat dia ensem sangat ke sampai awek tuh nak kat dia).

Pertama Kali Hilang Di Hankyu Jaya.
Wahh...aku penah hilang rupanya! Dua, tiga kali jugak la aku penah hilang. Mengikut citer mak aku masa umur aku 3 tahun, aku penah hilang sekejap (nih akibat taknak pegang tangan mak la nih, hengat diri dah beso sangat). Waktu tuh mak aku tengah shopping kat Hankyu Jaya (kompleks membeli belah kt KL, lama dulu). Mujur lah jiran kami nampak aku berjalan seorang diri, lalu dipegangnya aku dan bawak aku kepangkuan keluarga (ceh, poyo semacam!). Disebabkan tag ini hanyalah untuk kali pertama, so takyah la aku nak citer kehilangan2 yang seterusnya.

Pertama Kali Dikejar Anjing.
Nih la peristiwa yang sangat2 tak boleh dilupakan. Aku penah dikejar anjing waktu study kat kolej dulu (bersama 2 orang lagi housemate aku). Aku tak tau lah apa yang membuatkan anjing tuh berminat nak ikut kami! Balik dari cafe, dengan selamba nya kami bertiga berjalan melintasi anjing tersebut (dengan harapan anjing tu tak kejar, sebab kami tak berlari yek!). Ternyata anggapan kami meleset sama sekali! Macam ada satu tarikan pada diri kami yang membuatkan anjing tuh berjalan bersama2 (dalam hati punya lah menggeletar). Kami turun bukit, anjing tuh ikut turun bukit. Kami naik balik bukit, anjing tuh pun naik sekali. Haihh! macam nak main kejar2 jer nih. Dengan perasaan yang tak menentu, kami pun berlari2 anak, anjing tuh pun nak berlari2 anak jugak! Sudahnya masing2 lari lintang pukang (dah larik tuh kena kejar la jawabnya!). Masa tuh dalam kepala otak rasa nak terjun parit jek (sebab parit ade kat sebelah tuh, tp tak sanggup nak terjun...hehe). Kami berlari la sekuat hati sampai ke jalan besar, nasib baik lah ada orang kat situ, dapat lah menyembunyikan diri (puas gak lah kena gelak ngan orang2 kat sana, dorang tak merasa derita kami boleh la gelak!).

Pertama Kali Di Tag.
Inilah kali pertama aku ditag selepas membuka blog baru. Disaat aku syok bermesra dengan Polyvore, datang pulak Cik Wana mengetag aku (u jeles lah tuh i bermesra-mesraan ngan Polyvore...hehe). Tapi okay gak tuh! Boleh aku membuli orang...hahaha.

Haihh! habis jugak entri nih akhirnya. Dengan ini, orang2 yang aku akan mentionkan namanya dibawah, sila buat tag yek.
Anda dikehendaki membuat tag dengan tajuk "5 Peristiwa Kali Pertama" dengan panjangnya sesuka hati patah perkataan (Jaga korang kalau tak buat eak!).

Sunday, May 18, 2008

Di Persimpangan Dilema

Bukan Azah n Tyrah jer yang ada dilema okay! Aku baru jer terhimpit dengan dilema nih (walaupun tak sebanyak dilema Azah, ia tetap dilema :|). Haihh! Khamis baru2 nih aku dpt surat....bukan surat layang la! Surat yang mengatakan aku layak untuk menduduki peperiksaan Trengkas sblm dtawarkan ke jawatan sekretari. Giler ke aper! Satu mende pun aku tak tau (toksah cakap simbol, amende trengkas tuh pun aku tak tau) camner aku nak masuk exam. Dulu memang la aku ade apply untuk jawatan nih, tapi suka2 jer. Tak sangka pulak lepas. (Mengong gak aku nih! kalo tau takde basic bidang sekretari, g apply tuh watpe!).

So skang nih aku serba salah, nak g amik ke tak exam tuh. Kalo tak g amik, rasa rugi pulak, at least aku cuba kan. Tapi kalo aku amik, gerenti gagal nye lah..hehe (bukan nye merendah diri, tapi memang konfem tak dapatnye :|). Nak study mende trengkas tuh pun tak sempat. Kenapa?! Sebab exam tuh tak lama jek lagi, 20hb nih bai! Kalo exam tuh dekat2 Ipoh, bleyh gak la aku larik sekejap. Hmm...nih aku kena g KL, bukannya bleyh maen larik2. Dengan bajetnya yang tak berapa mengizinkan (almaklumlah tgh2 bulan).

Walaupun reason2 aku tuh kuat mengatakan yang aku tak berapa perlu nak amik exam tuh, aku tetap dalam dilema (rasa ralat pulak kalo tak amik). Arghhh!! Sangat tension! Baik aku g maen Polyvore...hehe



Saturday, May 17, 2008

Guru

Okay! Entri nih aku nak buat ringkas jer...sebagai penghargaan kepada guru2 yang telah bersusah payah mengajar aku..(mane la tau kot2 ade cikgu sekolah aku yang lalu ke)

Selamat Hari Guru untuk :
  • Cikgu2 di SK Sungai Galah (sekitar tahun 1993-1998).
  • Cikgu2 di SMK Pandan Indah (sekitar tahun 1999-2003). Walaupun sekolah tuh dianggap teruk di mata masyarakat, tapi aku sangat berbangga okay! (tolong jangan tanya kenapa). Aku sangat2 berterima kasih pada cikgu Wan Razanah, sebab beliau berjaya membuatkan aku berminat dengan subjek yang paling aku benci (bukanlah benci sangat, tak suka je). Pada cikgu2 yang lain pun aku hargai juga.
  • Lecturer2 di kolej...err...korang takyah tau lah (sekitar tahun 2004-2007).
  • Teman blog aku iaitu SiRibenMerah (walaupun baru berkenal-kenalan).
  • Eh, tak lupa untuk mak Wana dan semua cikgu2 di Malaysia.
Akhir kata, Guru itu umpama Lilin!

Sekian...(ringkas tak...hehe)


Friday, May 16, 2008

Ape tuh..?

Aku pasti ramai yang dah tau citer nih...aku pun mulanya rasa risau dpt msg camnih...tapi kita tak tau kan sejauh mana kebenaran citer nih.

Aku cuba lah cari2 sumber citer nih, dan untuk berkongsi bersama citer nih...korang boleh lah baca sendiri.

Harian Metro

Thursday, May 15, 2008

Episod Terakhir Bella


Hari ni adalah episod terakhir drama bersiri Bella. Aku terpanggil untuk memberi sedikit ulasan mengenai drama tersebut. Pada awal cerita ni, aku taklah berminat sangat, sebab aku pun sangat bz waktu tuh, tp bila tiap kali aku tengok mak ngan adik tak berganjak tonton citer tuh, aku pun rasa tertarik untuk layan citer tuh. Mula2 pandangan aku tentang citer nih just okay jer lah!

Lama-kelamaan aku jadi melekat pulak kat depan tv, 6.30 petang je aku dah get ready, takut2 ter-miss nak tonton citer nih. Aku sangat teruja nak tengok ending dia. Dan akhirnya, berakhir lah episod Bella petang tadi.

Macam2 emosi yang aku rasa sepanjang episod Bella nih. Marah ada, suspen ada, kelakar pun ada!

Last episod, part yang tengah2 tuh cam kelakar pulak bila tengok aksi Bella 'membuli' Shah and the geng. Terutama sekali dialog Bella yang nih, "hey orang tua! ko dah nak mati pun sempat lagi nak cakap omputih eah!". (Aku pulak yang suka nengok Bella menyiksa orang2 jahat tuh)

Tapi aksi yang last sekali berjaya menyentuh perasaan aku, saat2 Bella nak mati kesan dari operation yang dia buat. Ingatkan aku jek yang tersentuh, rupanya mak aku pun sama...hehe. Rasa nak ikut meraung pulak bila nengok si Zahar meraung2 di saat kematian Bella (penuh sebaldi agaknya air mata aku...ceh! sungguh membazirkan air mata aku je citer ni)

Keseluruhan citer nih aku bagi la 3 1/2 bintang. Cukup la tuh 3 1/2 bintang! Setiap citer ada kelemahan tersendiri, begitu jugak dengan Bella.

Bagi yang rase2 nak ulang balik citer Bella tuh, boleh la pegi ke website tv3 terus, ada episod2 dia (tuh pun kalau ada lagi la...hiihi).

Cukuplah ulasan aku yang sedikit tuh eak :D

Wednesday, May 14, 2008

Kisah adik-adik

Bila cakap pasal adik2 ni, bengang pun ada...tapi biasalah budak2...hehe (mcm le aku nih dh bes0 sgt).



Teramatlah bengangnya aku bila orang mengamuk pagi2 taknak g sekolah...ceh, apa nak jadi daa! Ni adik bongsu aku punya cerita la. Pagi semalam, punya la mengamuk taknak pegi sekolah, abis sume barang2 kt rumah tuh ditolaknya, pintu dihempas belaka! Dah 4, 5 kali (tak terkira seben0nye) aku dok membetulkan mende tuh je. "Sape suh angkat!!", erk..ditengkingnya aku balik. Eeyy...kalau nak diikutkan otak aku yang tak waras ni (time tuh je la) nak je aku tarik2 telinga budak nih, sungguh melampau dia ye! Seb baik dah pakai tudung, kalau tak memang nak kena...(kalau ngan ayah aku dah kena dah tu, seb baek ayah aku otsteshen). Dah siap pakai baju sekolah, nak mengamuk lagi. Hampeh tul dak nih! Umur pun bukannya kecik lagi, dah doblas tahun. Bak kata mak aku, "Dah ada ic, dah boleh kawen dah pun". At last, pegi gak dak nih ke sekolah dengan keadaan yang menyentap2 (kena paksa ngan kakak dia yang tak berapa garang nih).


Ni lagi sorang adik aku. Asal balik rumah je bukan reti nak stadi ke tulung wat keje rumah ke, yg dia tau makan, tido, maen konterstraik (aku nak konker tenet pun tak dapat). Bila kantoi ekzem, aku pulak yang kena, aku dah ajar sebaik mungkin tuh (walaupun dengan tengkingan yang nyata, sebab tak paham bahase).

Haih! Nasib korang la dapat kakak cam aku. Aku kakak yang garang okay!

Monday, May 12, 2008

TEKA-TEKI YANG LAYAK DIBERI PENAMPAR !!!…heheheheh

Jujur aku beritahu yang entri ni aku copy dari seorang kawan yang mengeposnya di Friendster.

Berikut adalah teka-teki yang layak diberi penampar:

Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa

Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang….cube kira brape black belt dia ade.

Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis ‘TARIK’

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?
Answer: Pembohong…

Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati’?
Answer: Usus

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan ‘buaya’

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer:Sekretari baik………………’Selamat pagi Boss’
Sekretari kurang baik………..’Dah pagi ni Boss’...:P

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang…heheheh

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah ‘kringgg’ bole diangkat…

Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa …gile ape…

Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah……
Hahahahahahahahhhahahahh !!!!!!!



Aku pasti ramai yang dah sedia tau teka teki ni kan...tau takpe..hehe
Saje je nak pos...lalallalala...

Saturday, May 10, 2008

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu
akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya
jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Nangis..

Entri kali ni aku nak cerita peristiwa yang berlaku 2 bulan lepas. Peristiwa ni takde ar best sangat pun, tapi dah cukup membuatkan aku flashback zaman sekolah dulu.

Ada suatu hari tu aku gi kedai, tengah syok nya belek barang2, ade sorang minah ni tegur aku. Cam ni la lebih kurang dialognya.


Minah tu : Eh, macam kenal.

Aku : (Famous ke aku ni ada orang kenal...hik)
Minah tu : Lia kan. Ni Yan la. Isy...kawan pun tak kenal.
Aku : Laa...hampeh! ko ke..

Pada awalnya aku memang tak cam giler la muka minah ni, mana taknya, wah...muka dah makin cerah, kulit dah licin giler (Sebenonye dah 10 tahun tak jumpa, pasal tu la aku tak cam...hehe).

Cerita punya cerita, keluar la soalan ni untuk aku. "Wei, ko kuat nangis lagi ke skang?". Terus aku terdiam. Ceh, minah ni, buat aku termalu sendiri je. Aku ni time sekolah dulu, usik sikit je mesti nangis. Sebab tu la kawan2 aku dok sindir aku je.

Aku ni kuat nangis ke?


Moral of the story : Jangan cepat nangis bila kena sakat, nanti jadik cam aku..asyik kene sindir je...hehe.

Friday, May 09, 2008

Ibu..

Banyak juga tarikh untuk diingati bila tiba bulan Mei. Antara yang popular mestilah hari ibu. Sebelum ini saya sering tertanya-tanya apakah tarikh sebenar hari ibu. Kalau tanya pada kawan2 pun ramai yang tak pasti tentang tarikh hari ibu.

Semalam saya terdengar di tv, bagi kebanyakan negara, hari ibu disambut pada ahad minggu kedua bulan mei. Bermakna 11 Mei ini. Tetapi sesetengah negara pula menyambut hari ibu pada 8 Mei, sejarah hari ibu mula2 sekali, tahun bila tu saya tak pasti pulak.

Apa yang penting hari ibu disambut untuk menghargai jasa2 ibu sejak kita wujud dalam rahim ibu sehingga kita menjadi seorang insan. Tak kisah la bila tarikh sebenar hari ibu, sebab kita seharusnya menghargai jasa ibu kita setiap hari, bukan untuk hari2 tertentu sahaja.

Betapa pentingnya ibu dalam hidup kita. Ibu sentiasa berada disisi kita dikala susah atau senang, suka atau duka. Cuba bayangkan bagaimana keperitan ibu ketika melahirkan. Saat itu ibu bertarung antara hidup atau mati.

Saya menulis bukan semata2 untuk mengingatkan orang lain, tapi yang penting untuk mengingatkan diri saya sendiri. Supaya sedar sebelum terlambat.

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu2 didunia!

Wednesday, May 07, 2008

Muncul kembali

Setelah sekian lama aku tak berblogging, rase kekok pun ada. Buntu. Argh!! malang sekali satu idea pun tak tercetus dari kepala otak aku ni. Nyata aku tak boleh meneruskan blog untuk malam ni.

Aku rasa kena tidur dulu kot...hehe...mana tahu esok tiba-tiba tercetus idea..

Bersambung...